Search

Sejarah


SEJARAH SMK KG DATO' AHMAD SAID

Sekolah ini bermula pada tanggal 1 Disember 1990. Ketika itu ditempatkan sementara di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina) Jelapang.
Setelah bangunan kekal siap dibina dan mendapat arahan untuk berpindah pada 1 September 1992, barulah sekolah ini dapat beroperasi sepenuhnya seperti yang ada pada masa sekarang. Lokasi sekolah ini yang terletak di Lebuh Rajawali, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 menjadi sumber inspirasi nama rasmi sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dato’ Ahmad Said.
Pada tarikh mula penubuhan, seramai 19 orang guru telah melaporkan diri. Seramai 298 pelajar turut mendaftar untuk belajar dalam 9 kelas tingkatan 1 yang dibuka. Jumlah ini bertambah pada tahun 1992. Terdapat 9 kelas untuk tingkatan 2 dan 4 kelas untuk tingkatan 1. Bilangan guru pula meningkat daripada 19 orang kepada 29 orang pada tahun berikutnya.


Pada tahun 1998, jumlah pelajar sekolah ini telah bertambah kepada seramai 948 orang, iaitu terdiri daripada kaum Melayu dan India. Terdapat 10 kelas tingkatan 1, 8 kelas Tingkatan 2 dan 7 kelas Tingkatan 3. Seramai 52 orang tenaga pengajar di sekolah ini pada ketika itu. 
Sekolah-sekolah yang menjadi ‘Feeder School’ kepada sekolah ini terdiri daripada murid-murid SK Manjoi Satu dan Dua serta SK Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan.
Pada tahun 2003 sekolah ini telah naik gred A, Sehingga kini ( Februari 2010) bilangan murid seramai 847 dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Jumlah keseluruhan kelas ialah 28. Bilangan guru pula seramai 55 orang. Staf sokongan pula seramai 11 orang.


Pada tahun 2008, bangunan MPV Automatif mula dibina dan siap pada tahun 2009. Kelas MPV mula beroperasi pada tahun 2010.


Surau SMKDAS yang  dibina pada tahun 2009 hasil sumbangan daripada guru-guru, ibupapa, murid-murid serta orang ramai dibuka dengan rasminya pada 24 April 2010.



Pengetua-pengetua SMKKDAS 



1
Tn Hj Mohd Isa Suffian B Mohd Hashim1.1.1991 – 10.8.1993
2
Tn Hj Ahmad Arbi B Hamzah1.12.1993 – 15.11.1995
3
Tn Hj Shaari B Mat Adam16.11.1995 – 1.3.1996
4
Pn Hjh Ku Sham Bt Hj Ku Hamid1.4.1996 – 15.1.1998
5
Tn Hj Sallih B Hj Hassan16.1.1998 – 1.5.1999
6
En Jalaludin B Othman1.5.1996 – 16.6.1999
7
YM Raja Abdul Rahman B Raja Amran16.6.1999 – 15.3.2004
8
Cik Hjh Rafidah Bt Yahaya1.9.2004 – 5.3.2008
9
Tn Hj Wazir B Mustafa1.9.2008 hingga kini

Sukan 2010

Orientasi Pelajar Tkt 1 & 4 2010

Orientasi Pelajar Tkt 1 & 4 2010

Perhimpunan Rasmi

RIMUP_KL_2009

RIMUP_KL_2009

Protect Yourselves against H1N1

Protect Yourselves against H1N1

High Risk Group

High Risk Group

Johan Multimedia Minggu VOTEK 2009

Penceramah Teknik Menjawab

Penceramah Teknik Menjawab
En Ahmad Nazry

Peserta Kursus WebTV

Peserta Kursus WebTV
Chin,Saberi,Idris

Followers

About Me

My photo
A teacher in a secondary school.